Cerita tauladan ini diambil dari page KRT. Wanita ini menceritakan dia di sihir oleh ibu mertuanya sendiri. Kisah ini boleh dijadikan taula...
Cerita tauladan ini diambil dari page KRT. Wanita ini menceritakan dia di sihir oleh ibu mertuanya sendiri. Kisah ini boleh dijadikan tauladan kepada kita semua bahana Sihir Pemisah kepada suami isteri. Namun kebenaran kisah ini hanya yang alami saja yang mengetahuinya. Setiap dari kita pernah membuat silap, namun sihir bukanlah penyelesaian terakhir. Namun, inilah realiti dunia akhir zaman yang perlu kita telan dan bersedialah kita fizikal dan mental untuk meghadapinya.
Sihir pemisah dari mertua, itulah yang saya alami. Perkahwinan kami yang tidak sampai setahun, musnah kerana sihir mertua saya. Terlalu panjang untuk saya ceritakan di mana awal punca segalanya berlaku.
Sebelum saya sakit, terlalu banyak kezaliman mertua lakukan pada saya. Saya diberi minuman kotor, rahim saya diikat supaya saya tiada zuriat dengan suami dan macam-macam lagi. Tetapi sebab sayang, saya telan, terima sehinggalah akhirnya saya rebah dengan sihir mertua.
Hampir 2 bulan saya sakit, saya langsung tidak dihiraukan oleh suami. Malah keluarga mertua langsung tidak mengambil kisah saya sebagai menantu yang sakit. Amat perit dengan permainan syaitan ini. Nasib baik saya masih ada seorang ibu yang banyak membantu saya.
Kerjaya saya hancur, duit untuk berubat juga tiada. Diri saya tidak terurus. Yang saya tahu, saya sering menangis merindukan suami sedangkan pada masa itu suami ada di depan mata tetapi seolah-olah saya rasa suami melihat saya dengan perasaan benci.
Saya ditengking oleh suami tanpa ehsan, akhirnya suami melangkah keluar dari rumah kami, pulang kepada keluarganya. Bila adik angkat saya, orang yang saya percaya tempat saya meluahkan rasa pula mengkhianati saya. Dengan menghantar semua mesej yang saya beri pada dia, diberikan semula pada suami saya dengan alasan dia tidak mahu menanggung dosa sebab saya memburuk-burukkan suami saya dan keluarga mertua.
Allahuakbar. Cukup terzalim saya diperlakukan. Adik angkat sendiri tahu dan lihat apa yang saya alami. Tetapi mengapa dia mengkhianati saya?
Selepas saya pulih dari sakit, Allah menguji saya dengan saya mengandung. Saya mencari cara untuk berdepan dengan suami sebab suami enggan berjumpa. Saya ingin khabarkan kepadanya bahawa saya mengandung zuriatnya. Saya bagaikan pengemis, mencari suami, telefon tak dijawab, mesej tak dibalas dan macam-macam cara saya buat agar dapat berjumpa dengannya.
Tetapi bila saya dapat berjumpa dengan suami, pandangannya masih juga sama. Benci melihat saya, katanya dia tidak dapat menerima saya yang menuduh ibunya telah menyihir saya, menyihir rumah tangga kami. Masa itu, hanya Allah kebenaran saya.
Selepas kejadian itu, saya pernah pengsan di jalanan duduk jatuh terhentak. Kandungan saya bergegar dan anak dalam kandungan saya hanya bertahan selama sebulan.
Selepas keguguran, saya habis pantang seminggu, saya mula mencari pekerjaan. Saya bangkit dari semua, berdiri di atas kaki sendiri dengan semangat anak-anak syurga saya. Saya failkan fasakh untuk meminta suami saya sedar. Namun siapa sangka, suami sendiri telah pergi ke pejabat agama untuk berkata dia rela menceraikan saya dan fasakh saya tidak diproses oleh pejabat agama.
Tetapi Allah itu maha mengetahui segala-galanya. Pejabat Agama menukar fasakh saya dengan sesi kaunseling dan masa itu saya berjuang bermati-matian atas nama Allah.
Saya diberi sihir ilmu pemisah oleh mertua, saya tenang melalui semuanya. Kini saya masih lagi ada satu sesi untuk kaunseling. Sejujurnya saya tidak mahu lagi melihat muka suami, bukan kerana benci tetapi terkilan dengan apa yang terjadi.
- KRT |
----------------------------------------------------
SHOWER GEL SIDR / BIDARA dengan AROMATERAPI 7 LIMAU
☆ Kenapa daun bidara?
Daun Bidara telah digunakan secara turun temurun dalam rawatan berkaitan sihir / saka / santau / gangguan makhluk halus.
Shower Gel Sidr Bidara diformulakan dengan Ekstrak 7 jenis Limau dan Sidr Bidara yang telah dizikir dan diruqyah untuk :-
✔️ Rawat gangguan mistik
✔️ Pulihkan diri setelah rawatan
✔️ Hindarkan dari terkena gangguan
✔️ Elakkan kemurungan
✔️ Elakkan dari unsur-unsur negatif
✔️ Lembut dan remajakan kulit
✔️ Lembabkan kulit yang kering
✔️ Suburkan serta cerahkan kulit
✔️ Lindungi kulit dari jangkitan
✔️ Rawat kondisi rambut kelemumur
✔️ Bersihkan rohani dan jasmani
✔️ Segarkan badan yang lesu
✔️ Hilangkan bau ba.dan
✔ Menambah baik aturan waktu uzur wanita
Antara ikhtiar berlandaskan syarak yang mudah, mampu milik dan berkesan sebagai amalan harian, rawatan, pemulihan dan pendinding daripada gangguan mistik.
Tidak perlu lagi bersusah payah gunakan perahan air limau purut untuk mandi seharian seperti yang diamalkan turun temurun. Rasa segar dan nyaman pada badan seperti mandi air perigi.
Dengan formulasi bebas sabun dan anti bakteria pada pati Sidr Bidara, ia membasmi 99.9% kuman.
Bagaimana Cara Nak Guna?
Guna shower gel ketika badan basah. Gosok dengan span mandi untuk dapatkan buih yang banyak selama 1-2 minit, kemudian bilaskan badan dengan air sehingga bersih. Pasti rasa segar seperti mandi air perigi dan kembali cergas serta aktif bertenaga.
"Saya selalu letih dan lesu, sakit belakang serta susah tidur malam. Kali pertama guna shower gel ni, bulu roma saya meremang. Ustaz kata saya kena gangguan. Alhamdulillah setelah diamalkan setiap hari, terasa ringan, segar dan bertenaga, sihat seperti biasa. Terima kasih Pendinding Sihir." - Ariff, Kota Tinggi Johor
https://bidaralife.com/
COMMENTS