Merawati Sawan Tangis Pada Bayi Dan Perubatan Daun Bidara

MERAWATI SAWAN TANGIS PADA BAYI DAN PERUBATAN DAUN BIDARA Anak adalah permata hati ayah bonda. Kehadiran yang sangat ditunggu-tunggu dan ...

MERAWATI SAWAN TANGIS PADA BAYI DAN PERUBATAN DAUN BIDARA

Anak adalah permata hati ayah bonda. Kehadiran yang sangat ditunggu-tunggu dan melihat anak-anak ini lahir kedunia membuatkan ayah bonda terasa tersangat gembira dan bahagia.
Namun, sering menjadi kegusaran dan kegelisahan di hati apabila terdapat sesetengah bayi yang baru dilahirkan menangis tanpa henti atau menangis pada waktu tertentu seperti selepas waktu asar, magrib atau di tengah-tengah malam secara konsisten setiap hari. Ibu yang kepenatan untuk menguruskan diri dan mungkin menguruskan anak-anak yang lain mungkin akan berasa bimbang, kurang sabar, tertanya-tanya seterusnya melepaskan rasa kepada bayi yang menangis tersebut. Ya, kita sama, pernah melalui situasi tersebut, namun wahai ibu yang baik memukul bukanlah satu pilihan yang tepat bahkan menyebabkan bayi tersebut lebih kuat meragam dan tidak tenteram.


Ketahuilah, kekerasan tidaklah akan menyelesaikan perkara. Berikut adalah perkongsian beberapa panduan untuk ibubapa diluar sana sebagai panduan agar ibubapa kekal tenang dan tidak panik dalam menghadapi permasalahan tangisan anak terutamanya kepada ibubapa yang baru menimang cahaya mata sulung.

Orang tua tidak perlu sedih dan panik ketika anaknya sering menangis. Carilah penyebabnya, kerana setiap problem atau penyakit pasti ada ubatnya. 

Allah Ta’ala berfirman :
Sesungguhnya sesudah kesakitan itu ada kemudahan. (QS. Asy-Syarh [94] : 6)

Rosulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : 
”Tidaklah Allah menurunkan penyakit melainkan Dia menurunkan pula ubatnya (penawar).” (HR. al-Bukhori 19/89)

++++++Kenalpasti punca masalah kenapa anak menangis++++++

MENGAPA BAYI SERING MENANGIS ?

Bayi menangis tentu ada sebabnya. 

  • Boleh jadi kerana tidak mahu berenggang (memerap) dengan orang tuanya dan akan diam bila kita datang menghampirinya. 
  • Atau kerana haus dan lapar yang kalau dengan diberi makan dan minum dia akan diam, atau dia rimas atau tidak selesa dengan kotoran di pampers
  • atau terkena ruam lampin yang mana kadang-kadang kita sering terlepas pandang 
  • atau periksa perutnya jika anak anda mengalami simptom kembung perut. Bila bayi anda menangis kerana lapar atau kencing/berak
Jangan biarkan ia menangis terlalu lama kerana lagi lama ia menangis, lagi banyak udara ia menelan, dan ia akan jadi lagi kembung. Selain itu, ibubapa boleh mengamalkan urutan lembut bayi selepas sahaja mereka mandi dengan minyak urutan bayi dan sapu di tapak kaki, perut, betis dan bahagian belakang badan mereka.

PUNCA MENANGIS YANG BIASA/NORMAL

Terdapat bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat. Tangisan biasa selalunya ada kaitan dengan punca yang jelas seperti tercucuk pin pakaian, pakaian terlalu ketat menyebabkan bayi terasa tidak selesa, lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa kesepian dan sebagainya.

Sesetengah anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya.


Ibubapa hendaknya mengerti dan peka apa yang dirasakan oleh anaknya, kerana dia masih belum mampu menyampaikan keluhannya. Dia hanya boleh menangis bila merasakan sakit, tidak selesa atau bila tidak terpenuhi keinginannya. Insya AllAh dengan mencari dan mengetahui penyebabnya anak akan menjadi tenang dan tidak menangis lagi. Kecuali bila pembawaannya memang suka menangis, orang tua hendaknya bersabar dan insya Allah tangisan anak ada manfaatnya.

MENGUBATI SAWAN TANGIS DENGAN MANDIAN DAUN BIDARA

Apabila penyebabnya sudah dicari ternyata tidak ada, cuba dibawa anak tersebut ke klinik, barangkali ada penyakit dalam yang kita tidak mengetahuinya. 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : 

”Tidaklah Allah menurunkan penyakit melainkan Dia menurunkan Ubatnya. Sebagian orang mengetahui ubatnya, dan sebagian lagi tidak mengetahuinya.”
(HR. Ahmad 1/377, dishohihkan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah dalam Shohihul Jami’ 1089).

Jika dinyatakan oleh doktor pakar bahawa anak anda tidak sakit, tentu ada penyebab lain. Mungkin dia diganggu oleh orang yang dengki atau gangguan makhluk halus berupa jin. Gangguan jin memang ada. Oleh kerana itulah kita disuruh membaca surat al-Falaq dan an-Nas kerana surah ini mengandungi permohonan perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan manusia dan syaitan jin.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melihat di rumahnya ada budak perempuan yang wajahnya pucat, muram dan hitam. 
Baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
”Ruqyahlah (bacakan ayat al-Qur’an) dia, kerana dia terkena gangguan makhluk halus.” (HR. Al-Bukhori 7/171).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ”Penyakit al-ain kerana dilihat oleh orang yang dengki itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang mendahului takdir, tentu penyakit ain-lah yang mendahuluinya. Apabila kamu diminta memandikan, maka mandikanlah dia.” (HR. Muslim 7/13).

Imam Malik rahimahullah berkata : Apabila kamu diminta untuk memandikan orang yang terkena penyakit ain, maka basuh wajahnya, dua tangannya, dua sikunya, dua lututnya dan ujung jari kakinya dan semua badannya dengan air yang dimasak. (Faidhul Qodir 5/416)

Sebagian ulama menjelaskan, hendaknya dimandikan dengan tujuh lembar daun bidara atau berapa saja. Ada yang mempraktikkan dicampur dengan tawas dan satu sendok garam, lalu dimasak sampai mendidih dan dimandikan, maka sembuh penyakitnya, dan inilah sering kami praktikkan. Ketika ada orang mengeluh terkena gangguan jin. Alhamdulillah Allah menyembuhkan gangguan tersebut.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ”Hendaknya orang yang terkena penyakit ain (gangguan jin) berwudhu dan mandi.” (HR. Abu Dawud, dishohihkan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah dalam Silsilah ash-Shohihah  6/61).

Inilah pengubatan Tibbun Nabawi yang masyur, namun tentunya dengan kehendak Allah Ta’ala jua.


MENGHINDARKAN ANAK DARI GANGGUAN JIN

Untuk membendung kemungkinan anak di ganggu jin, upayakan anak tidak keluar pada saat matahari tenggelam, dan tutuplah pintu dan tingkap rumah, kerana pada saat itu syaitan sedang berkeliaran di mana-mana. Tutuplah makanan dan minuman agar syaitan tidak makan dan minum bersama kita. 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
”Apabila matahari menjelang terbenam, cegahlah anakmu keluar dari rumah, kerana waktu itu syaitan sedang bebas berkeliaran. Tutuplah pintu dan bacalah bismillah, kerana syaitan tidak boleh membuka pintu yang tertutup.” (HR. Al-Bukhori 4/155)

Apabila mahu keluar rumah dan membawa anak kecil bacalah doa untuk dirinya dan anaknya :
”Dengan menyebut nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah.”

Dikatakan kepadanya ; Engkau telah mendapatkan petunjuk, engkau telah dicukupi, engkau telah dijaga dan dijauhkan dari gangguan syaitan.” (HR. At-Tirmidzi).

Dan ditambahkan oleh Abu Dawud :
”Syaitan itu memberitahu syaitan lain, ’Bagaimana mungkin kamu boleh menggoda orang ini, padahal dia telah mendapatkan petunjuk, telah dicukupi dan dijaga dari segala gangguan?!’” (HR. Abu Dawud, dishohihkan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah 4/486).

Jangan lupa berwudhu ketika hendak tidur dan bacalah do’a sebelum tidur, Ayat Kursi, surat al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas tiga kali. 
Setelah itu, tiupkan bacaan ketiga surah ini ke kedua telapak tangan dan diusapkan ke semua anggota badan, mulai dari ubun-ubun sampai telapak kaki, sebagaimana keterangan hadits yang shohih. Dan akhirilah dengan doa mohon perlindungan zahir dan batin daripada gangguan jin, syaitan dan iblis.

Semoga dengan mendidik anak dengan sunnah, anak akan dilindungi oleh Allah Ta’ala dari gangguan makhluk halus dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.

Diolah dari sumber asli Majalah Al-Mawaddah Vol. 41 Rejab 1432H/Jun-Julai 2011M

COMMENTS

Name

amalan waktu senja,1,anak menangis,1,anak sawan tangis,2,asap rokok,1,asap rokok dan jin,1,bacaan 7 mubin,1,Bahaya penyakit ain,1,bahaya sihir,1,bidara,2,bidara arab,1,bidara berduri untuk rawatan,1,bidara cina,1,bidara dalam Quran,6,bidara ikhtiar berhenti merokok,1,bidara jin benci,1,bidara jin takut,1,bidara laut,1,bidara life,1,bidara malaysia,21,bidara perubatan islam,18,bidara shower gel,15,bidara sidr,1,bidara tanam dalam pasu,1,buah bidara,2,cara atasi anak terkena ain,1,cara berhenti rokok,1,cara elak sihir santau di fb,1,cara menghindari dicintai jin,1,daun bidara,5,daun bidara dalam Quran,14,daun bidara malaysia,6,daun pokok bidara,6,derita penyakit kulit,1,disihir rakan cemburu,1,doa anak,1,doa anak jauh maksiat,1,doa anak soleh,1,doa ibubapa,1,doa ketika sakit,1,doa nabi ayyub,1,dosa kisah mistik,1,gambar buah,4,gambar buah bidara,1,gambar daun bidara,8,gambar pokok bidara berduri,1,gangguan jin,1,gangguan saka,1,gangguan syaitan pada anak,1,gel mandian bidara,8,haid tak normal,1,harga bidara,2,harga mandian bidara,13,hasad dengki,1,hubungan suamiisteri tegang,1,infoGrafik Gel Mandian Daun Bidara,1,jenis-jenis bidara,1,keguguran,1,keguguran akibat saka,1,kegunaan daun bidara,2,kegunaan pokok bidara,1,kelebihan mandian bidara bidara life,1,Kenali Jin Ummu Sibyan,1,kesan ain,1,khasiat bidara,1,Kisah Bidara dalam Al-Quran,1,Kisah mistik,8,Kisah mistik mandian bidara manfaat bidara sabun bidara sidr bidara testimoni mandian bidara,1,kisah rokok,1,Kisah tauladan,1,kristian dan bidara,1,Lote Tree (Sidr/ Bidara) Quote,1,makna mimpi,1,mandian bidara,15,mandian bidara untuk sakit kulit,1,Mandian daun bidara,7,manfaat bidara,16,manfaat daun bidara,2,mimpi buruk,1,mimpi dan islam,1,mimpi dibunuh,1,mimpi jatuh bangunan,1,mimpi lelaki dan wanita,1,mimpi menyusu anak,1,panduan hindari penyakit ain,1,Pelajar UTM Diugut santau,1,penyebab dicintai jin,1,Perubatan Islam,4,perubatan tradisional,1,petua penyakit kulit,1,pohon bidara,1,pohon bidara dalam quran,1,pokok bidara,5,pokok bidara dan khasiatnya,1,punca anak menangis,1,punca keguguran,1,punca sihir,2,rahsia waktu senja,1,rawat cara islam,2,rawat demam anak dengan daun bidara,1,rawat gangguan jin,1,rawat sawan tangis dengan daun bidara,2,rawatan islam daun bidara,1,rokok dan perubatan islam,1,ruqyah daun bidara,1,sabun bidara,13,sebab jin jatuh cinta pada manusia,1,shower gel bidara,4,shower gel bidara life,1,sidr bidara,13,sidr sabun bidara,5,sihir,1,sihir dalam islam,2,sihir FB,1,sihir pemisah,3,sihir suami isteri,2,stress dan rawatan islam,1,tafsir mimpi,1,tanda disihir,1,Tanda jin ada dalam tubuh manusia,1,Tanda Sihir suami isteri,2,Tanda wanita ditiduri jin,1,Tanda-tanda Gangguan Mahluk Halus / Jin,1,testimoni culas solat,1,testimoni depress mandian bidara,1,testimoni mandian bidara,15,testimoni mandian bidara untuk rawat mimpi,1,testimoni rokok dengan mandian bidara,1,waktu senja syaitan berkeliaran,1,
ltr
item
Perawatan Bidara Penawar Sunnah: Merawati Sawan Tangis Pada Bayi Dan Perubatan Daun Bidara
Merawati Sawan Tangis Pada Bayi Dan Perubatan Daun Bidara
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLwGjIDsqkNJEaScoiw1Eg2QEIV2dHP9u6RwnTMIq0ZlM6f63QhOPMLa_4aXGIlkkFKVMbCg1uy6Bx21UR8n8YyoTl2cqi7c93SamJyI68XdtlP1JeLYB0hl8hm2eSo15rd1a9m7PBDFb-/s640/sawan+tangis+dan+perubatan+daun+bidara.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLwGjIDsqkNJEaScoiw1Eg2QEIV2dHP9u6RwnTMIq0ZlM6f63QhOPMLa_4aXGIlkkFKVMbCg1uy6Bx21UR8n8YyoTl2cqi7c93SamJyI68XdtlP1JeLYB0hl8hm2eSo15rd1a9m7PBDFb-/s72-c/sawan+tangis+dan+perubatan+daun+bidara.jpg
Perawatan Bidara Penawar Sunnah
http://bidaralifepenawarsunnah.blogspot.com/2017/02/merawati-sawan-tangis-pada-bayi-dan.html
http://bidaralifepenawarsunnah.blogspot.com/
http://bidaralifepenawarsunnah.blogspot.com/
http://bidaralifepenawarsunnah.blogspot.com/2017/02/merawati-sawan-tangis-pada-bayi-dan.html
true
7869338239231407195
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow Artikel PREMIUM Mohon Kongsi untuk Baca Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy