Dari blog ustaz Nuruddin Al Indunisy, berikut dipaparkan 3 jenis sihir, yang dipraktik oleh penyihir untuk ditujukan secara haram kepada...

Dari blog ustaz Nuruddin Al Indunisy, berikut dipaparkan 3 jenis sihir, yang dipraktik oleh penyihir untuk ditujukan secara haram kepada mangsa-mangsa mereka..
1. SIHIR TAFRIQ - Sihir Tafriq (Sihir Perceraian)
Misi utamanya adalah untuk mencerai-beraikan, menggagalkan atau menghancurkan harmoni sebuah hubungan sosial manusia, baik antara ibu-bapanya, rakan perniagaan, hingga menceraikan pasangan suami isteri yang sah.
Ciri-ciri penderita sihir ini:
- Perubahan sikap yang drastis, dari suka jadi benci, anak membangkang sama ibu-bapanya, membenci dan mencurigai semua orang yang menolongnya, pembatalan sepihak dalam akad jual beli.
- Terjadi perselisihan, pertikaian, pertengkaran dalam rumah tangga disebabkan hal kecil, suami-isteri tidak betah dirumah, suasana rumah menjadi panas.
2. SIHIR MAHABBAH - Sihir Mahabbah (Sihir Cinta)
Adalah semua sihir yang berkaitan dengan masalah cinta, di jawa dikenal dengan Asihan atau Pelet, di Sulawesi dan sebahagian rantau melayuraya dikenal sebagai sihir guna-guna. Sihir ini bekerja untuk memunculkan rasa cinta yang berlebihan terhadap pengamal sihirnya.
Contohnya seorang isteri yang bimbang suaminya beristeri lagi, atau agar suami/isteri semakin cinta terhadap pasangannya, atau seorang laki-laki menyihir seorang wanita agar mencintai atau semakin mencintainya dan sebaliknya, Seringkali penyihir tidak tahu bahaya apa yang akan terjadi pada pasangannya.
Ciri-Ciri Penderita Sihir ini:
- Rasa cinta/ ketertarikan/ kerinduan seksual yang menggebu-gebu dan tidak boleh ditahan ingin segera melihat, bertemu dan berhubungan seksual dengan sipenyihir.
- Rasa sakit berkepanjangan; seperti pening, sakit di ari-ari, perut, hingga alergik yang luarbiasa.
- Rasa benci kepada semua orang (lawan jenis) kecuali orang yang menyihirnya.
3. SIHIR KHUMUL - Sihir Khumul (sihir pengacau fikiran)
Ini bekerja mengacaukan fikiran (otak) manusia, boleh menimbulkan kegilaan karana jin bersarang di otaknya.
Ciri-Ciri Penderita Sihir ini:
- Berfikiran tidak waras, senang menyendiri dan bercakap seorang diri, benci bersosial, banyak diam, galau, gundah, dan cemas berlebihan.
- Sakit dibahagian kepala yang terus menerus dibahagian kepala, biasanya selepas asar.
Bahaya sihir bukan saja kepda yang dideritai, tetapi paling bahaya adalah azab yang diterima di sana kelak, wallahu aq'lam...
COMMENTS