Apa anda faham tentang Perubatan Islam?

Kebanyakan intipati tulisan ini terhasil dari idea PASAIMA, (Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia) Melalui Rang Undang-Unda...



Kebanyakan intipati tulisan ini terhasil dari idea PASAIMA, (Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia)

Melalui Rang Undang-Undang Traditional Komplimentari 2012, kerajaan telah mengiktiraf Perubatan Islam dengan memasukkan amalan perubatan alternatif dalam rang undang-undang ini . 

Menteri Kesihatan pada waktu itu, Dato’ Seri Liow Tiong Lai berkata, perkara tersebut diputuskan selepas pihak Kementerian Kesihatan mendapat persetujuan daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua jabatan agama Islam negeri. 

Dengan perkembangan ini, pengamal perubatan Islam boleh mengamalkan amalan pengubatan tersebut selagi mana tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan.

Siapa Pengamal Perubatan Islam?

Walaupun begitu, sebagai masyarakat awam, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Jika diperhatikan, dewasa ini ramai yang mendakwa mereka adalah pengamal perubatan Islam. Di kalangan mereka, ada yang rawatannya khusus kepada bab rawatan batin seperti menghalau jin, hantu dan sebangainya, adapula yang rawatannya berkisar tentang amalan pengubatan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w seperti berbekam dan sebagainya. 

Di sana juga terdapat mereka yang memperomosikan produk mereka dengan menyandarkan kepada Rasulullah s.a.w seperti bahan berasaskan madu, habatussauda, kismis, daun bidara dan sebagainya.


Pemahaman kita tentang Perubatan Islam
Istilah Perubatan Islam adalah suatu istilah yang sering disalah ertikan. Jika ditanya kepada masyarakat umum apakah yang mereka faham dengan istilah Perubatan Islam, pasti ramai yang menjawab, Perubatan Islam adalah kaedah rawatan yang menggunakan ayat-ayat untuk menghalau anasir ghaib.Mungkin juga jawapan mereka adalah kaedah rawatan yang dilakukan oleh Rasulullah seperti berbekam dan sebagainya.


Walaupun mungkin itu semua adalah benar, namun persoalannya apakah itu sahaja yang dikatakan sebagai Perubatan Islam?


Bagaimana pula denga perubatan moden? Apakah rawatan moden yang dipraktikkan oleh doktor-doktor perubatan di hospital-hospital dan klinik-klinik dan kaedah rawatan tersebut tidak menyanggahi syariat itu, bukan perubatan Islam?

Perubatan cara Nabi

Tidak dinafikan, terdapat banyak nas yang mengaitkan Rasulullah s.a.w dengan amalan-amalan tertentu yang berkaitan dengan ilmu perubatan atau perawatan. 

Terdapat juga antaranya mempunyai sanad yang sahih, ada juga yang bersifat dha’if (lemah) dan maudhu’ (palsu). Kita tinggalkan dulu perbincangan berkaitan dengan nas yang dha’if dan maudhu’ itu. 

Kita fokuskan kepada nas-nas yang bertaraf sahih oleh para ulamak muhaddisin (ulamak hadis).

Dalam memahami nas-nas baginda Rasulullah s.a.w yang bersangkutan dengan ilmu keduniaan seperti, ilmu perubatan, ekonomi, pertanian dan sebagainya, para ulamak berbeza pandangan berkenaan dengannya.

Sebahagian para ulamak menganggapnya sebagai sunnah yang berasaskan wahyu. Dengan kata lain, ia adalah sunnah tasyri’iyyah (sunnah yang disyariatkan) dan ia adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala.

Ini diasaskan kepada Firman Allah Ta’ala :
“Dan tidak dia (Muhammad s.a.w) berkata bersandarkan nafsu, melainkan ia adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”

Sebahagian para ulamak yang lain pula menganggap bahawa ia hanyalah pandangan peribadi Rasulullah s.a.w yang bersandarkan pengalaman baginda hidup di kalangan masyarakat arab pada zaman tersebut. 

Dengan kata lain, perkara tersebut adalah sunnah, tetapi ia adalah sunnah ghairi tasy’iriyyah kemungkinan yang amalan tersebut benar dengan realitinya, ada juga kemungkinan tidak.


Nas yang masyhur yang diberikan oleh para ulamak dalam mengukuhkan pemahaman ini adalah seperti hadis yang sahih yang mencerita bagaimana suatu hari Rasulullah s.a.w menegur perbuatan para sahabat baginda yang mengahwinkan pokok tamar. Lalu mereka berkata:
“Kami telah lakukannya sebelum ini”. Baginda menjawab: “Boleh jadi jika sekiranya kamu tidak melakukannya, maka ia lebih baik”.

Maka, para sahabat itu tidak melakukannya, lalu pokok tersebut tidak berbuah. Mereka mengadu kepada Rasulullah s.a.w akan hal itu. Maka Rasulullah s.a.w bersabda:


“Aku adalah seorang manusia. Apabila aku menyuruh kamu berkenaan dengan urusan agama, maka ambillah (taatlah). Jika sekiranya aku menyuruh kamu akan sesuatu dari pendapat peribadiku, maka aku hanyalah seorang manusia”

Begitu juga dengan hadis yang menceritakan bagaimana baginda Rasulullah s.a.w membuat keputusan untuk memilih tempat bagi menempatkan tentera Islam dalam perang Badar. Baginda kemudiannya mengubah keputusan itu setelah mendengar cadangan yang lebih berstrategi daripada sahabat baginda s.a.w. Ini menjadi bukti yang kata-kata Rasulullah kadang-kalanya adalah pandangan peribadi baginda, bukan wahyu.

Sebagai seorang pengamal perubatan, penulis lebih cenderung kepada pandangan kedua. Baginda Rasulullah s.a.w tidaklah diutuskan ke dunia untuk mengajar ummatnya tentang ilmu perubaan. Jika diperhatikan hadis-hadis yang berkaitan dengan ilmu perubatan, kebanyakannya menyebut tentang perkara yang terdapat di persekitaran baginda ketika itu. 

Habbatussauda, madu, kismis dan lain-lain lagi. Kajian klinikal atau saintifik perlu dilakukan bagi membuktikan keabsahan perkara-perkara yang disebutkan itu. 

Jika sekiranya ia tidak bertepatan dengan kajian yang dilakukan, maka tiada salahnya untuk kita menerima alternatif selain daripadanya.

Perkara ini tidaklah sedikitpun mencacatkan nilai kerasulan pada diri Rasulullah s.a.w.

Kesan kepada ummah
Kefahaman masyarakat perlu diperjelaskan tentang erti sebenar istilah Perubatan Islam. Jika sekiranya perkara ini tidak dilakukan, dikhuatiri masyarakat kita akan terus berada dalam kekeliruan.

Di sana terdapat banyak kesan negatif yang akan wujud jika sekiranya ummat Islam tidak diberikan kefahaman sebenar tentang isu ini.

Kepada masyarakat awam, jika sekiranya mereka memahami Perubatan Islam itu hanya berkisar tentang jampi atau rawatan-rawatan yang bersifat khusus sebagaimana yang terdapat di dalam nas semata-mata, dikhuwatiri suatu masa nanti, akan ada yang tidak mahu ke hospital atau menerima rawatan daripada klinik-klinik kesihatan kerana menganggap perubatan moden itu bukan perubatan Islam.

Pengalaman penulis
Perkara ini bukan suatu yang boleh dipandang sepi. Pengalaman penulis yang bekerja sebagai pegawai perubatan telah menemui ramai pesakit sedemikian. Walaupun kita tidak menolak kewujudan makhluk ghaib yang boleh memudaratkan manusia (dengan izin Allah), namun apa yang lebih merisaukan kita, ramai di kalangan mereka yang selalu sahaja menyalahkan jin dan iblis dalam setiap keadaan. 

Kadang-kala, ada yang mengalami masalah kesihatan yang secara jelas memerlukan rawatan tertentu di hospital, namun mereka lebih berminat berjumpa dengan bomoh atau pawang daripada berjumpa dengan doktor di hospital.

Baru-baru ini saya sangat sedih mengenangkan nasib seorang bayi yang meninggal dunia disebabkan salah faham yang melampau yang ada dalam pemikiran ibubapa penjaga bayi berkenaan. Anaknya disahkan mengidap penyakit kuning yang berpanjangan. Walaupun dijelaskan oleh doktor dan jururawat masyarakat secara panjang lebar, namun ibubapanya tetap berkeras tak mahu membawa anaknya ke hospital. 

Sebaliknya, mereka membawa anaknya itu jumpa ustaz (bomoh?) yang barangkali dilihat lebih Islamik. Bukan sebaliknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang wajar. 

Setelah beberapa ketika, penulis dimaklumkan oleh ketua jururawat yang bertanggungjawab, bayi berkenaan baru sahaja meninggal dunia akibat jangkitan kuman (sepsis) di rumah mereka.

Ini mungkin satu contoh yang jelas bagaimana pemikiran masyarakat boleh keliru dengan pemisahan antara ilmu perubatan Islam dengan perubatan moden. Dan ia adalah berpunca daripada kegagalan kita memberi kefahaman berkenaan dengan maksud sebenar bagi istilah Perubatan Islam.

Sakit Mental
Begitu juga dengan pesakit-pesakit yang mengidap masalah mental, ahli keluarga pesakit biasanya akan terlebih dahulu mendapatkan pandangan bomoh atau pawang. 

Sedangkan berdasarkan ilmu perubatan moden secara jelas, mereka mungkin memerlukan rawatan dari pakar psikiatri kerana mengidap masalah mental iaitu masalah yang boleh dirawat dengan kaedah rawatan ilmu perubatan moden yang tidak sama sekali bercanggah dengan konsep Perubatan Islam.

Jangan terkejut jika ada yang menganggap semua pawang atau bomoh itu adalah Pengamal Perubatan Islam. 

Terdapat sebahagian mereka yang dianggap sebagai pengamal perubatan Islam itu adalah mereka yang terang-terang melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat, bahkan sehingga ke peringkat akidahnya boleh diragui.

Ada di antara mereka yang membaca mantera atau ayat jampi yang bukan daripada ayat suci al-Quran atau hadis-hadis nabawi. Namun, disebabkan mereka berpakaian dengan ‘pakaian agama’, mendakwa pula dirinya sebagai pengamal perubatan Islam, masyarakat mudah mempercayai mereka.

Tentu masih kita ingat tentang berita yang tersebar di media massa. Bagaimana seorang lelaki telah ditahan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ketika cuba melakukan hubungan seks bersama seorang pesakit wanitanya. Lelaki itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan JHEAINS ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa. 

Apa yang menyedihkan, lelaki itu mendakwa yang dirinya adalah pengamal perubatan Islam. Apa yang lebih malang, adapula di kalangan masyarakat kita yang mempercayainya sehingga sanggup menyerahkan apa sahaja untuk tujuan rawatan yang kononnya sebahagian dari rawatan perubatan Islam. Sedangkan semua mengetahui yang amalan-amalan itu jelas bercanggah dengan syariat agama.

Selain itu, isu salah faham ini juga sebenarnya boleh menyebabkan imej agama Islam tercemar di mata masyarakat bukan Islam. Mereka yang bukan Islam akan menganggap bahawa rawatan Islam ini hanyalah rawatan-rawatan khusus yang bersifat terhad kepada jenis rawatan-rawatan tertentu sahaja sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah individu yang mendakwa mengamalkan perubatan Islam. 

Secara tidak langsung rawatan yang menggunakan kaedah perubatan moden pada hari ini akan disangka bukan berubatan Islam. Walhal, pada hakikatnya perubatan Islam adalah sesuatu yang sangat luas definasinya.

Apa sahaja kaedah rawatan yang berasaskan bukti dan tidak pula bercanggah dengan syariah, maka itu semua adalah perubatan yang diterima oleh agama. Diriwayatkan bahawa, ketika penghujung hayat baginda Rasulullah s.a.w, baginda didatangi oleh ramai para pengamal perubatan dari seluruh pelusuk tanah arab. Mereka menawarkan diri untuk membantu baginda supaya kembali pulih dengan menggunakan ilmu perubatan yang mereka ada. Yang pasti, mereka bukanlah datang untuk yang ditawarkan, merekalah yang perlu belajar daripada baginda Rasulullah s.a.w bukan sebaliknya.

Tidak pula Rasulullah s.a.w pada ketika itu menolak cadangan mereka dengan alasan ilmu perubatan mereka itu tidak Islamik. Ternyata baginda menerimanya. Saiyidatina Aisyah r.a dikatakan banyak mempelajari ilmu perubatan itu daripada mereka semua dan diriwayatkan bahawa pada waktu Rasulullah sedang sakit itu, Saiyidayina Aisyah r.a lah yang membantu menyediakan ubat- ubatan itu mengikut apa yang disyorkan oleh para tabib berkenaan.

Selain salah faham yang berlegar dalam kalangan masyarakat awam, mereka yang terlibat dengan perubatan moden juga sedikit sebanyak terkesan daripada salah tanggapan tentang maksud sebenar bagi istilah Perubatan Islam itu.

Sehingga kepada satu tahap, ada yang menganggap segala usaha yang mereka lakukan untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh pesakit-pesakit mereka itu ada sesuatu yang tidak Islamik yang tidak mendatangkan pahala kepada mereka. Ini adalah suatu yang sangat merugikan diri mereka sendiri. 

Kehidupan mereka yang jangka masanya berjam-jam bekerja di hospital mahupun di klinik itu terbuang begitu sahaja tanpa memberi apa-apa sumbangan untuk saham mereka di akhirat.

Semestinya tugas mereka yang bekerja untuk menyelamatkan nyawa manusia adalah suatu tugas yang sangat mulia. Jika mereka lakukan dengan penuh ikhlas Allah pasti menganjari mereka dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan sesiapa yang mengerjaka kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya”. az-Zalzalah : 7-8
FirmanNya lagi :
“Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebajikan (walau sekecil zarah), nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya” an-Nisa’ : 40

ISLAM DAN ILMU PERUBATAN MODEN
Sesungguhnya ilmu perubatan moden tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Semua telah maklum bahawa sejarah membuktikan bahawa para ilmuan Islamlah antara yang mengasaskan perubatan moden pada hari ini. Siapa tidak kenal dengan ibnu Sina (980-1037M), az-Zahrawi (936-1013M), ar- Razi (850-923M) dan sebagainya.

Sumbangan mereka kepada dunia perubatan moden tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun. Ibnu Sina sebagai contoh, direkodkan bahawa tulisan ibn Sina dalam bidang perubatan telah menjadi antara rujukan penting di universiti-universiti di eropah selama beberatus tahun lamanya. Begitu juga dengan karya-karya yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh perubatan islam yang lain.

Namun apa yang mendukacitakan, pada hari ini kita sendiri yang seakan-akan menafikan perkara itu. Jika diperhatikan, ilmu perubatan moden yang berasaskan bukti (evidence based medicine) telah dikuasai oleh bukan Islam, manakala ummat Islam pula ketinggalan jauh di belakang dan tenggelam dengan ‘sindrom penafian’ yang pelik. Kita seakan lupa pesanan Rasulullah s.a.w bahwa segala ilmu hikmah kebijaksaan adalah milik kita ummat Islam.
Sabda Rasululkah s.a.w yang bermaksud:
“Hikmah itu adalah barang kepunyaan orang mukmin yang tercicir. Di mana sahaja kamu menjumpainya, maka kamulah orang yang paling berhak ke atasnya.”

Ummat Islam perlu kembali kepada memahami agama berpandukan neraca pertimbangan yang berasaskan nas yang sahih juga bersandarkan kajian saintifik yang terbukti kebenarannya. Sesungguhnya agama Islam dibina di atas asas hujjah yang benar. Sesiapa sahaja yang ingin menggunakan nama agama dalam apa jua perkara, perlu mengemukakan dalil atau bukti, samada ‘aqli (nas-nas) mahupun naqli (bukti saintifik)
Firman Allah yang bermaksud:
“…Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika sekiranya kamu adalah orang-orang yang benar”

Adalah menjadi suatu perkara yang penting untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat kita tentang konsep perubatan Islam yang hakiki. Mereka perlu keluar dari kesempitan pemahaman yang salah kepada keluasan pemahaman yang benar. Agar suatu masa nanti kita akan dapat mengembalikan kegemilangan ilmu perubatan Islam yang telah dipelopori oleh para cendikiawan Islam suatu masa dahulu.

Wallahu’alam.

(Beliau merupakan ahli PAPISMA Kelantan; Pegawai Perubatan dan Kesihatan Klinik Kesihatan Kota Jembal)


COMMENTS

Name

amalan waktu senja,1,anak menangis,1,anak sawan tangis,2,asap rokok,1,asap rokok dan jin,1,bacaan 7 mubin,1,Bahaya penyakit ain,1,bahaya sihir,1,bidara,2,bidara arab,1,bidara berduri untuk rawatan,1,bidara cina,1,bidara dalam Quran,6,bidara ikhtiar berhenti merokok,1,bidara jin benci,1,bidara jin takut,1,bidara laut,1,bidara life,1,bidara malaysia,21,bidara perubatan islam,18,bidara shower gel,15,bidara sidr,1,bidara tanam dalam pasu,1,buah bidara,2,cara atasi anak terkena ain,1,cara berhenti rokok,1,cara elak sihir santau di fb,1,cara menghindari dicintai jin,1,daun bidara,5,daun bidara dalam Quran,14,daun bidara malaysia,6,daun pokok bidara,6,derita penyakit kulit,1,disihir rakan cemburu,1,doa anak,1,doa anak jauh maksiat,1,doa anak soleh,1,doa ibubapa,1,doa ketika sakit,1,doa nabi ayyub,1,dosa kisah mistik,1,gambar buah,4,gambar buah bidara,1,gambar daun bidara,8,gambar pokok bidara berduri,1,gangguan jin,1,gangguan saka,1,gangguan syaitan pada anak,1,gel mandian bidara,8,haid tak normal,1,harga bidara,2,harga mandian bidara,13,hasad dengki,1,hubungan suamiisteri tegang,1,infoGrafik Gel Mandian Daun Bidara,1,jenis-jenis bidara,1,keguguran,1,keguguran akibat saka,1,kegunaan daun bidara,2,kegunaan pokok bidara,1,kelebihan mandian bidara bidara life,1,Kenali Jin Ummu Sibyan,1,kesan ain,1,khasiat bidara,1,Kisah Bidara dalam Al-Quran,1,Kisah mistik,8,Kisah mistik mandian bidara manfaat bidara sabun bidara sidr bidara testimoni mandian bidara,1,kisah rokok,1,Kisah tauladan,1,kristian dan bidara,1,Lote Tree (Sidr/ Bidara) Quote,1,makna mimpi,1,mandian bidara,15,mandian bidara untuk sakit kulit,1,Mandian daun bidara,7,manfaat bidara,16,manfaat daun bidara,2,mimpi buruk,1,mimpi dan islam,1,mimpi dibunuh,1,mimpi jatuh bangunan,1,mimpi lelaki dan wanita,1,mimpi menyusu anak,1,panduan hindari penyakit ain,1,Pelajar UTM Diugut santau,1,penyebab dicintai jin,1,Perubatan Islam,4,perubatan tradisional,1,petua penyakit kulit,1,pohon bidara,1,pohon bidara dalam quran,1,pokok bidara,5,pokok bidara dan khasiatnya,1,punca anak menangis,1,punca keguguran,1,punca sihir,2,rahsia waktu senja,1,rawat cara islam,2,rawat demam anak dengan daun bidara,1,rawat gangguan jin,1,rawat sawan tangis dengan daun bidara,2,rawatan islam daun bidara,1,rokok dan perubatan islam,1,ruqyah daun bidara,1,sabun bidara,13,sebab jin jatuh cinta pada manusia,1,shower gel bidara,4,shower gel bidara life,1,sidr bidara,13,sidr sabun bidara,5,sihir,1,sihir dalam islam,2,sihir FB,1,sihir pemisah,3,sihir suami isteri,2,stress dan rawatan islam,1,tafsir mimpi,1,tanda disihir,1,Tanda jin ada dalam tubuh manusia,1,Tanda Sihir suami isteri,2,Tanda wanita ditiduri jin,1,Tanda-tanda Gangguan Mahluk Halus / Jin,1,testimoni culas solat,1,testimoni depress mandian bidara,1,testimoni mandian bidara,15,testimoni mandian bidara untuk rawat mimpi,1,testimoni rokok dengan mandian bidara,1,waktu senja syaitan berkeliaran,1,
ltr
item
Perawatan Bidara Penawar Sunnah: Apa anda faham tentang Perubatan Islam?
Apa anda faham tentang Perubatan Islam?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNHWAjjey3kiUG_p-WcPDFTk9ms_L54ix9UVnR7WG0aNiWpLIJD_8_8pJ56eSszn3fjQ05PgV6snG6Osv3I3znlmL87rpF0fsZYTg_-GswYsSOSNf6E-RN9fZlZP5s03w927obN5Y_HRo/s320/1perubatan-islam-intro-2-638.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNHWAjjey3kiUG_p-WcPDFTk9ms_L54ix9UVnR7WG0aNiWpLIJD_8_8pJ56eSszn3fjQ05PgV6snG6Osv3I3znlmL87rpF0fsZYTg_-GswYsSOSNf6E-RN9fZlZP5s03w927obN5Y_HRo/s72-c/1perubatan-islam-intro-2-638.jpg
Perawatan Bidara Penawar Sunnah
http://bidaralifepenawarsunnah.blogspot.com/2017/10/apa-anda-faham-tentang-perubatan-islam.html
http://bidaralifepenawarsunnah.blogspot.com/
http://bidaralifepenawarsunnah.blogspot.com/
http://bidaralifepenawarsunnah.blogspot.com/2017/10/apa-anda-faham-tentang-perubatan-islam.html
true
7869338239231407195
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow Artikel PREMIUM Mohon Kongsi untuk Baca Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy