Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Ole...
Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.
Apa Apa dengan Rokok
Secara umum makanan jin adalah tulang dan asap. Tidak kira asap kereta, asap rokok, asap kemenyan dan sebarang asap dari aktiviti permbakaran. Kepada anda yang suka merokok sebenarnya jin syaitan ini suka kepada anda sebab sambil anda merokok dia dapat tumpang makan bersama. Kepada yang sakit kerana gangguan dicadangkan berhentilah merokok, usahakanlah untuk berhenti dari merokok.
Jika tabiat ini anda tidak dibuang maka bagaimana anda hendak mendapat kesembuhan? Jin seronok mendampingi perokok disebab anda adalah antara sumber makanannya. Itulah hikmahnya mengapa rokok di fatwakan haram. Benda yg haram ini jin dan syaitan suka sebab ia menjadi sumber tenaga baginya untuk membuat kejahatan dan kerosakan.
Artikel di bawah ini adalah hasil dari suntingan penulisan kisah benar Ustaz Wahyudi Abdurrahim yang berasal dari Temanggung, Jawa Tengah.
Cerita Ustaz Wahyudi Abdurrahim
Di Cairo, saya punya rakan ruqyah dari Indonesia. Namanya Ust Zulgi Akmal. Beliau ini terkenal sekali dengan kepakarannya mengeluarkan jin, baik dari orang yang terkena santau, orang yang punya ilmu, atau kerasukan jin. Sering saya menggali pengetahuan terkait ruqyah ini dari beliau.
Suatu hari, ada orang punya ilmu kebal. Orang ini minta diruqyah. Ketika Ust Zulfi bersedia melakukan ruqyah, ternyata orang ini merupakan perokok. Maka syarat pertama yang diajukan oleh ust zulfi adalah agar dia berhenti merokok dahulu.
Mengapa demikian? Menurut ust zulfi, sulit meruqyah orang merokok ini, bukan hanya sulit bahkan merbahaya. Menurutnya jin senang dengan para perokok. Jika dia tidak mahu berhenti merokok, jin yang berada dalam tubuhnya dan membantunya menjadi kebal itu, sukar untuk dikeluarkan dari tubuhnya.
Orang itu pun berjuang bersungguh sungguh untuk berhenti merokok. Sampai beberapa bulan, setelah ia benar-benar pulih dari ketagihan rokok, ia kembali mendatangi ust Zulfi dan minta diruqyah. Sekali lagi Ust Zulfi memberikan syarat, iaitu setelah diruqyah dan sembuh, tidak boleh merokok kembali.
Apa alasannya?
Menurutnya, jin yang sudah keluar itu boleh datang lagi bahkan mungkin akan datang jin lain yang lebih kuat dan dahsyat.
Itulah fenomena misfik di dunia rokok. Soal hukum rokok yang haram sudah jelas. Di dunia mistispun, rokok disenangi oleh syaitan. Rokok sebahagian dari perbuatan maksiat yang harus ditinggalkan. Wallahu a’lam.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Jom ikhtiar alternatif untuk berhenti merokok dengan gel mandian bidara.
Lihat testimoni para perokok yang mula berhenti atau perlahan-lahan meninggalkan rokok apabila berikhtiar dengan menggunakan gel mandian bidara life.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Jom ikhtiar alternatif untuk berhenti merokok dengan gel mandian bidara.
Lihat testimoni para perokok yang mula berhenti atau perlahan-lahan meninggalkan rokok apabila berikhtiar dengan menggunakan gel mandian bidara life.
COMMENTS