Kenali Pohon Sunnah - Pokok Bidara

BIDARA (Zizyphus mauritiana Lamk) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga RHAMNACEAE yang boleh ditanam di negara kita sebagai satu jeni...

BIDARA (Zizyphus mauritiana Lamk) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga RHAMNACEAE yang boleh ditanam di negara kita sebagai satu jenis pokok buah-buahan yang berpotensi untuk dimajukan. Nama-nama lain bagi buah bidara adalah JUJUBI, EPAL SIAM, EPAL CINA dan beberapa nama tempatan lain. Buah bidara yang masak boleh dimakan mentah atau diproses untuk dibuat jus minuman, sirap dan juga manisan (halwa). Buah bidara yang belum masak atau buah muda dimakan dengan garam atau dibuat jeruk atau dibuat acar. Daun muda ada yang dimakan sebagai sayuran dan ulam. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman buah bidara di Malaysia tetapi penulis mengganggarkan sekitar 150-160 hektar pada tahun 2011. Negeri Perak merupakan kawasan utama penanaman buah bidara di Malaysia. Artikel ini saya berkongsi maklumat mengenai teknologi tumbuhan buah bidara dan khasiat tanaman ini berdasarkan pembacaan , pemerhatian dan pengalaman penulis.

Pokok bidara dewasa

Poko boleh tumbuh sehingga ketinggian 15 meter
Pokok Bidara merupakan jenis tumbuhan kecil atau pokok sederhana besar yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 15 meter. Pemerhatian saya mendapati pokoknya tumbuh menegak, agak rendang dan mempunyai dahan yang berjuntai. Terdapat ranting yang berduri dan agak berbulu pada spesis tertentu. Bahagian akar pula mempunyai akar tunjang dan akar serabut. Bunganya keluar dari ketiak daun dalam jambak yang berwarna kekuningan dan berbau wangi. Lazimnya saiz bunga sekitar 2-3 mm lebar dengan antara 8-20 kuntum bung satu jambak. Daun bidara berwarna hijau berkilat dengan ukuran 3-10 cm panjang dan 2-5 cm lebar serta panjang tangkai dalam 9-15 cm. Bahagian atas daun didapati licin tetapi dibahagian bawah agak berbulu dan kasar.

Dahan dan buah melempai

Penanaman pokok bidara mudah dilakukan menggunakan bijibenih tetapi ramai juga petani yang saya temui menggunakan bahan tanaman dari keratan batang, tut atau cantuman. Lazimnya biji yang matang yang diambil dari buah masak. Biji buah bidara bercambah selapas 4 minggu disemai. Pokok yang ditanam daripada biji benih akan berbuah selepas 3 tahun ditanam sedangkan pokok yang ditanam dari tut atau keratan berbuah selepas 1-2 tahun. Jenis tanah subur dengan mempunyai saliran baik diperlukan untuk tanaman bidara. Pemerhatian mendapati pokok bidara tahan pada cuaca kemarau dan suhu agak tinggi yang mana keadaan ini mampu merangsang pokok mengeluarkan bunga dan buah. Jarak penanaman disyorkan 3m x 4m atau lebih rapat bergantung kepada sistem penanaman. Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan baja tumbesaran NPK 15:15:15 dari umur 1-3 tahun. Baja NPK 12:12:17:2 diberikan apabila pokok bersedia untuk berbunga pada tahun ke 3 dan seterusnya. Sebaiknya sediakan sistem pengairan titis untuk mendapatkan buah yang berkualiti.

Buah bidara hampir masak.

Buah Bidara hampir masak
Cantasan pembentukan dan cantasan dahan yang berjuntai perlu dijalankan untuk mempastikan yang pertumbuhan pokok yang seimbang. Kawalan rumpai dilakukan dengan cara menual iaitu ditajak keliling pokok atau dengan menggunakan racun rumpai yang sesuai. Antara masaalah serangan penyakit adalah Bintik Daun (Cercospora spp) dimana jika tidak dikawal daun akan kering dan akhirnya gugur. Serangan kulat terhadap putik buah muda juga akan akibatkan buah gugur. Serangga perosak terdiri dari Lalat Buah , Ulat Makan Daun dan juga Ulat yang makan isi buah. Kawalan dengan racun serangga yang disyorkan dijalankan mengikut arahan pada label. 

Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram buah mengandungi 80 gram air, 18 gram karbohiderat, 0.5 gram lemak, 30 mg Fosforus dan 60-70 IU Vitamin A serta 60-150 Vitamin C. Rujukan saya pada buku tulisan En Ong dalam bukunya “Buah dan Khasiatnya” ada menyatakan bahawa buah bidara yang direbus dan airnya diminum dapat merawat penyakit paru-paru dan juga mencuci darah serta membaiki sistem penghadaman dalam perut. Daunnya yang di rebus dapat digunakan sebagao losen serta air mandian bagi merawat mereka yang kena demam panas. Ada juga dakwaan yang air rebusan kulit dan daun bidara sesuai untuk merawat masaalah perut dan juga usus. 

Kulit pokok bidara yang direbus dengan lain-lain tumbuhan dipercayai menyembuhkan sakit kerongkong dengan cara berkumur-kumur dan hilangkan bau mulut. Ada yang menggunakan air rebusan tersebut bagi mengawal cirit birit dan juga sakit gusi dan masaalah sesak nafas. Mana tahu satu hari nanti ada usahawan produk berasaskan bidara yang dijual dalam bentuk ‘ready to use’ seperti pil, kapsul, kordial, jus dan serbuk atau lain-lain bentuk produk. 


Tanamlah buah bidara dikeliling rumah anda untuk dapatkan buah bidara yang segar dan sedap! Dalam pasu pun boleh.
Tanam dalam pasu pun boleh Pokok Bidara ni.💕

Selamat Menanam semua!👌

Sumber : 

Dato Mohamad Anem
http://animhosnan.blogspot.my

COMMENTS

Name

amalan waktu senja,1,anak menangis,1,anak sawan tangis,2,asap rokok,1,asap rokok dan jin,1,bacaan 7 mubin,1,Bahaya penyakit ain,1,bahaya sihir,1,bidara,2,bidara arab,1,bidara berduri untuk rawatan,1,bidara cina,1,bidara dalam Quran,6,bidara ikhtiar berhenti merokok,1,bidara jin benci,1,bidara jin takut,1,bidara laut,1,bidara life,1,bidara malaysia,21,bidara perubatan islam,18,bidara shower gel,15,bidara sidr,1,bidara tanam dalam pasu,1,buah bidara,2,cara atasi anak terkena ain,1,cara berhenti rokok,1,cara elak sihir santau di fb,1,cara menghindari dicintai jin,1,daun bidara,5,daun bidara dalam Quran,14,daun bidara malaysia,6,daun pokok bidara,6,derita penyakit kulit,1,disihir rakan cemburu,1,doa anak,1,doa anak jauh maksiat,1,doa anak soleh,1,doa ibubapa,1,doa ketika sakit,1,doa nabi ayyub,1,dosa kisah mistik,1,gambar buah,4,gambar buah bidara,1,gambar daun bidara,8,gambar pokok bidara berduri,1,gangguan jin,1,gangguan saka,1,gangguan syaitan pada anak,1,gel mandian bidara,8,haid tak normal,1,harga bidara,2,harga mandian bidara,13,hasad dengki,1,hubungan suamiisteri tegang,1,infoGrafik Gel Mandian Daun Bidara,1,jenis-jenis bidara,1,keguguran,1,keguguran akibat saka,1,kegunaan daun bidara,2,kegunaan pokok bidara,1,kelebihan mandian bidara bidara life,1,Kenali Jin Ummu Sibyan,1,kesan ain,1,khasiat bidara,1,Kisah Bidara dalam Al-Quran,1,Kisah mistik,8,Kisah mistik mandian bidara manfaat bidara sabun bidara sidr bidara testimoni mandian bidara,1,kisah rokok,1,Kisah tauladan,1,kristian dan bidara,1,Lote Tree (Sidr/ Bidara) Quote,1,makna mimpi,1,mandian bidara,15,mandian bidara untuk sakit kulit,1,Mandian daun bidara,7,manfaat bidara,16,manfaat daun bidara,2,mimpi buruk,1,mimpi dan islam,1,mimpi dibunuh,1,mimpi jatuh bangunan,1,mimpi lelaki dan wanita,1,mimpi menyusu anak,1,panduan hindari penyakit ain,1,Pelajar UTM Diugut santau,1,penyebab dicintai jin,1,Perubatan Islam,4,perubatan tradisional,1,petua penyakit kulit,1,pohon bidara,1,pohon bidara dalam quran,1,pokok bidara,5,pokok bidara dan khasiatnya,1,punca anak menangis,1,punca keguguran,1,punca sihir,2,rahsia waktu senja,1,rawat cara islam,2,rawat demam anak dengan daun bidara,1,rawat gangguan jin,1,rawat sawan tangis dengan daun bidara,2,rawatan islam daun bidara,1,rokok dan perubatan islam,1,ruqyah daun bidara,1,sabun bidara,13,sebab jin jatuh cinta pada manusia,1,shower gel bidara,4,shower gel bidara life,1,sidr bidara,13,sidr sabun bidara,5,sihir,1,sihir dalam islam,2,sihir FB,1,sihir pemisah,3,sihir suami isteri,2,stress dan rawatan islam,1,tafsir mimpi,1,tanda disihir,1,Tanda jin ada dalam tubuh manusia,1,Tanda Sihir suami isteri,2,Tanda wanita ditiduri jin,1,Tanda-tanda Gangguan Mahluk Halus / Jin,1,testimoni culas solat,1,testimoni depress mandian bidara,1,testimoni mandian bidara,15,testimoni mandian bidara untuk rawat mimpi,1,testimoni rokok dengan mandian bidara,1,waktu senja syaitan berkeliaran,1,
ltr
item
Perawatan Bidara Penawar Sunnah: Kenali Pohon Sunnah - Pokok Bidara
Kenali Pohon Sunnah - Pokok Bidara
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJuiU4ZjLOI3cKy0B5E_GG7sCARExmGtfxjcyOW6JW9qPqjMhJ4WuXale7uIFEZrRTeyfjH1SgAinqcCQtXkk_u7yYi4LgATBAOrofRiparjmXXHk2vQ7DUr48K6CENaTiX5OWoZHUMGyf/s640/gambat+Buah+Bidara.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJuiU4ZjLOI3cKy0B5E_GG7sCARExmGtfxjcyOW6JW9qPqjMhJ4WuXale7uIFEZrRTeyfjH1SgAinqcCQtXkk_u7yYi4LgATBAOrofRiparjmXXHk2vQ7DUr48K6CENaTiX5OWoZHUMGyf/s72-c/gambat+Buah+Bidara.jpg
Perawatan Bidara Penawar Sunnah
http://bidaralifepenawarsunnah.blogspot.com/2017/03/kenali-pohon-sunnah-pokok-bidara.html
http://bidaralifepenawarsunnah.blogspot.com/
http://bidaralifepenawarsunnah.blogspot.com/
http://bidaralifepenawarsunnah.blogspot.com/2017/03/kenali-pohon-sunnah-pokok-bidara.html
true
7869338239231407195
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow Artikel PREMIUM Mohon Kongsi untuk Baca Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy