Kebaikan / Manfaat Daun Bidara untuk Memandikan Jenazah Selain pendinding gangguan sihir, daun bidara boleh digunakan sebagai campuran ...
Kebaikan / Manfaat Daun Bidara untuk Memandikan Jenazah
Selain pendinding gangguan sihir, daun bidara boleh digunakan sebagai campuran air untuk memandikan jenazah. Bagi masyarakat kita di malaysia jarang kita mempraktikkan amalan ini kerana kemungkinan kesukaran untuk mendapatkan tumbuhan ini atau mungkin saja tiada pengetahuan tentang sunnah yang satu ini.
Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang orang yang jatuh dari untanya lalu meninggal dunia, Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam bersabda :
اغْسِلُوْهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوْهُ فِي ثَوْبَيْنِ
.
“Mandikanlah dia dengan air yang dicampur daun bidara dan kafanilah dengan dua baju”. (HR. Bukhary :1719)
demikian pula,
Hadits Ummu ‘Athiyah tatkala anak Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam meninggal, baginda bersabda :
اغْسِلْنَهَا ثَلاَثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا أَوْ أَكْثَرَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ
“Mandikanlah dengan air yang dicampur daun bidara tiga kali atau lima atau tujuh atau lebih jika kalian anggap perlu ... ”. (HR. Bukhary : 1175).
“Rasulullah masuk kepada kami ketika kami sedang memandikan puteri baginda lalu bersabda, ‘Mandikanlah dengan siraman yang ganjil, iaitu tiga kali, lima kali (tujuh kali), atau lebih banyak dari itu-jika kalian anggap perlu-dengan cara menggunakan air dan daun bidara. Berilah kapur barus di akhir kalinya.’
Baginda bersabda kepada kami ketika kami hendak memandikannya, ‘Mulailah dengan anggota badan bahagian kanan dan anggota-anggota wudhunya.
Jika telah selesai, maka beritahukan kepada aku.’ Ketika kami telah selesai, kami memberi tahu baginda. Lalu, baginda memberikan sarung baginda kepada kami seraya bersabda, ‘Pakaikanlah (sarung ini) kepada nya.’ (Dan baginda tidak menambah dari itu, dan aku tidak mengetahui puteri baginda yang mana dia itu). Kami sisir dia (dan dalam satu riwayat: lalu kami ikat rambutnya) tiga ikatan.
Apa istimewanya daun bidara ini sehingga Nabi kesayangan kita bersabda sebegitu? Untuk pengetahuan anda, daun bidara memiliki semacam zat yang membuat jenazah menjadi wangi selain menghilangkan kotoran. Kemungkinan juga kelebihan daun bidara ini mampu untuk membunuh atau menghapuskan gas ammonia pada jenazah yang menyebabkan mereka yang memandikan jenazah berasa tidak tenang atau demam dikenali dengan nama badi mayat akibat dijangkiti kuman yang terhasil daripada gas ammonia.
Jelas dalam dua hadits tersebut suri tauladan kita, Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam memerintahkan penggunaan daun bidara untuk memandikan jenazah. Semoga kita menghidupkan sunnah-sunnahnya kembali.
COMMENTS