Anda pernah mimpi dikejar binatang atau orang? Pernah mimpi dibunuh? Mimpi jatuh bangunan? Mimpi adalah suatu hal yang mesti dialami o...
Anda pernah mimpi dikejar binatang atau orang? Pernah mimpi dibunuh? Mimpi jatuh bangunan?
Mimpi adalah suatu hal yang mesti dialami oleh semua orang, baik seorang Nabi mahupun manusia biasa seperti kita. Ada mimpi yang seronok ada juga mimpi yang pelik, memenatkan dan kadang kala kita turut dibawa emosi (kadang-kadang menangis) sedar-sedar dari tidur basah pipi dek tangisan dalam mimpi tadi. Adakala mimpi itu yang bercampur aduk, kalut, kusut dan tidak tentu hujung pangkalnya. Hal seperti itu dalam Alquran disebut Adgatsu Ahkimin (mimpi-mimpi kacau). Ada juga mimpi berisi kejadian yang terasa diluar mimpi, iaitu sesuatu yang mungkin terjadi atau merupakan peristiwa yang lazim dialami, mimpi seperti itu ada kalanya betul-betul menjadi kenyataan sama seperti apa yang disampaikan. Hal ini biasa disebut Ru’ya Shodiqoh.
Berikut sebahagian contoh mimpi yang ada hubungannya dengan gangguan jin yang dialami pesakit.
Mimpi tenggelam atau berenang di sungai atau di laut.
Ini menandakan ikatan sihir di hanyutkan di aliran sungai atau di laut.
Mimpi jatuh dari tempat ketinggian atau naik gunung atau naik ke tempat tinggi.
Ini menandakan ikatan sihir di letak/ di tanam di gunung atau pohon yang tinggi.
Mimpi selalu di kawasan perkuburan
dan dikejar makhluk yang menakutkan di kawasan perkuburan bererti ikatan sihir ada di tanam di kawasan perkuburan atau tempat yang menyeramkan.
Mimpi ular
Ertinya gangguan adalah berasal dari pusaka, benda keramat (keris, kain, mustika dll). Atau jin berasal dari warisan nenek moyang. Atau jin berasal dari sihir.
Mimpi binatang buas, tapi jinak
Ertinya pengganggu adalah jenis khadam, boleh dari amalan orang tersebut atau berasal dari nenek moyang (saka).
Mimpi binatang atau sosok dalam jumlah tertentu
Ertinya jumlah tersebut menunjukkan jumlah jin pengganggu
Mimpi bertemu dengan berlawanan jantina berulang-ulang sehingga berhubungan intim
Kadang-kadang susuk tubuh yang sama namun kadang-kadang berganti-ganti wajah. Ertinya disukai jin pengganggu, jin tersebut boleh berasal dari sihir, jin penunggu rumah atau jin dari nenek moyang.
Mimpi dikejar-kejar orang dan berasa akan disakiti
Ertinya sihir atau 'ainur jin atau 'ainul hasad.
Mimpi bayi atau kanak-kanak
Selalunya mereka yang bermimpi kanak-kanak atau bayi ianya membawa maksud saka. Bermimpi ternampak kanak2 atau bayi bermaksud saka itu cuba mendekati, cuma jika mimpi menyusukan bayi itu suatu yang bahaya. Kerana menurut Ustaz Sharhan ketika beliau mengubati orang yang mempunyai saka 10 dari mereka yang datang 8 darinya pernah didatangi kanak-kanak atau bayi di dalam mimpi.
Mimpi bayi atau kanak-kanak
Selalunya mereka yang bermimpi kanak-kanak atau bayi ianya membawa maksud saka. Bermimpi ternampak kanak2 atau bayi bermaksud saka itu cuba mendekati, cuma jika mimpi menyusukan bayi itu suatu yang bahaya. Kerana menurut Ustaz Sharhan ketika beliau mengubati orang yang mempunyai saka 10 dari mereka yang datang 8 darinya pernah didatangi kanak-kanak atau bayi di dalam mimpi.
Mimpi berkelahi dengan orang atau binatang setelah rukyah
Ertinya jin belum lagi habis keluar saat di rukyah dan jin tersebut masih ada . Jika dalam mimpi terlihat susuk makhluk tersebut baik-baik sahaja maka jin tersebut masih belum kalah. Jika terlihat dalam mimpi bahawa susuk makhluk terluka atau terbunuh maka itulah yang terjadi pada jin penganggu tadi.
Semoga artikel ini memberi manfaat ini bermanfaat. Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah seterusnya melindungi kita dari tipu daya iblis dan kerabatnya.
Aaminn ya rabbal'alamin.
Barakallahu fiikum..
Pelbagai sumber
COMMENTS